Search This Blog

Thursday, April 22, 2010

Kesyukuran

Terdetik sejenak dengan kadaan masyarakat Malaysia yang terus dan terus ketinggalan dek arus permodenan yang kian pantas berlalu bagaikan suatu jeram. Apa yang menjadi igauan yang sinis adalah suatu keadaan yang membuatkan hati ini terkuis dengan pasangan suami isteri yang membawa anak mereka dengan menaiki motosikal. Keadaan pada hari itu sangat terik cuacanya,saya berada disebelah dengan menaiki motosikal, hati ini sayu melihat anak yang masih lingkungan setahun berada dalam pelukan ibu sedang dia(anak) nenyak dibuai tidur. Masih ada masyarakat Malaysia yang kurang mampu dan mungkin dihimpit kemiskinan..

Persoalannya, mampukah di abad ini Malaysia yang kian mengorak langkah ke negra moden mampu menyamaratakan dari segi pendapatan yang dikaji semula, kebajikan, ruang kerjaya dan pembantrasan kemiskinan dalam negara itu sendiri, mampukah pihak yang dilantik membantu, menghulurkan, memantau dan menganalisi ataupun mempunyai plan strategik dalam hal ini.

Wednesday, April 21, 2010

TUGASAN PENULISAN

ASSALAMMUALAIKUM...anak-anak

Soalan : Bina sebuah karangan yang bertajuk "Perayaan -perayaan di Malaysia"
Syarat : -100 patah perkatan
-5 perenggan
- di buat secara individu
-hantar pada minggu hadapan di atas meja saya sebelum jam 10.30 pagi......
- jangan lupa...semoga berjaya.

Tuesday, April 20, 2010

Tugasan bina 5 ayat berdasarkan laras sastera.

  1. khalayak = orang banyak,umum
  2. hasrat = keinginan yang kuat utk memiliki sesuatu
  3. bangsa = rujuk (puak)kelompok orang,golongan
  4. kurun = yang di kira dari tahun Nabi Isa lahir
  5. karya = kata nama (kerja, tugas)
  • Ali memekik di khalayak bagaikan orang yang hilang akal.
  • Ah Tan mempunyai hasrat yang tinggi terhadap anak sulungnya.
  • Bangsa melayu mempunyai adab dan kesopanan yang tinggi.
  • Pada Kurun ke 18 perjanjian Inggeris - Belanda telah dimertai
  • Hasil karya sastera Abu telah diterbitkan di dada-dada akhbar

Ujian bulanan dua menjelang tiba

Assalammualaikum....
anak-anak murid sekalian minggu hadapan dah mula ujian jadi bersiap sedia ya...

kerja rumah tambahan(terkini)

Soalan: senaraikan 10 kata ganda separa dan hantar pada minggu hadapan.
terima kasih..

kerja rumah

Assalammualaikum....
Ini adalah kerja rumah yang perlu anda laksanakan.
soalan : Bina sebuah karangan autobiografi iaitu "aku sebatang rotan"
syarat : karangan mestilah 60 patah perkataan